Jan 15, 2010

HOT ??? hahaha,... berasap je!

Andakah anda rasa anda HOT?
HOT???

Hot-tempered kot,.. kekadang,.. lalal~~~

Upload gambar kegemaran anda..



Cerita pasal gambar
zaman muda-muda dulu dengan ayahanda dan adik tercinta,.. hehehe

Bila kali terakhir anda makan pizza?
Minggu first balik kampus,. Member belanja sebab dia dapat capai target untuk MATH 3 sem lepas,..

Lagu terakhir anda dengar Lagu terakhir?
Hurmm,.. tak ingat sebab suasana sekarang dah sunyi,…

Apa yang anda akan buat selain menyelesaikan tag ini ?
mandi? Haha,.. xmandi lagi ni,.. lalala~~~

Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
ANN, N, AYINN, AIN.. dah la,.(setiap panggilan ada rahsia tersendiri,..haha!)

Tag lagi 7orang
Kita tengok sapa yang kena..
tanak la tag sesape,.. eheh,..

Siapakah orang no.1 kepada anda?
xde sape...

Kata sesuatu mengenai orang no. 5
pon xde…

No. 3 ada hubungan ngan siapa
xde jugak,..

Bagaimana pula dengan no. 4
juga tiada,..

Pesanan kepada orang no. 6
takde pesanan…

Kata-kata cinta tok no. 2
Cinta? Xde kot,..
aku bukan DR. LOVE…(hajat nak jadi Doktor tak sampai)

Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
Xde…

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
1.my best friend since in primary school…
2.my best buddy until now,..
3.she is always being confident and brave,.. I adore her,..
4.she is the youngest in her family…
5.Landlady of “Anak Gemilang” land,.. haha

Persamaan antara kambing ngan lembu?
boleh buat aqiqah atau korban,.. hehee

Perasaan anda buat tag ini
tengah boring, jadi I buat ler,.. u ni wat2 tanya lak,..

Adakah anda tahu si razman itu sengal?
Razman? Macam abang yang ajar driving classes je nama dia… haha,.. no lah,.. I don’t know him!

GAY or LESS??
huikkk???? Nonsense!

p/s: haha,.. cik ora,.. dah buat, tapi sori, malas nak nge’tag’ orang lain,.. haha,…


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!

Jan 9, 2010

emel anda digunakan untuk WEBSITE LUCAH????

salam~~ (banyak pulak aku post entri hari ni,..ekeke)

tadi aku bukak GTalk aku,.. then, mata aku terus terpacak kat status member sekelas aku yang memang baik la,.. yelah, bekas pelajar sekolah agama kan,. tau la perangai dan sikap camne... memang terbaik la,. pelajar pandai lak tu,..

"ad org sabotaj ak..ples jgn percaye kalo ad org anta pape cite yg xelok kat kengkorg k..."

aku tanya la pasai apa.. dia pun gitau aku yang emel dia kena sabotaj, orang guna emel dia untuk buat website lucah.. orang yang join website tu sekarang dah mencecah lebih kurang 4000 orang,... huihh,. naya betul,.. tu yang dia gelabah tu, yelah, orang tak tau kan dia camne, memang boleh timbul fitnah,..

buat member ku itu: sabar k,.. kitorang tau ko camne,.. biarla orang nak kata apa,. kitorang percaya ko....

p/s: emel tersebut dirahsiakan kerana bisa menggugat ketenteraman dong! hehe


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!

ini bukan TUTORIAL, ini cuma EKSPERIMEN!

boleh tolong aku tak???? try ikut langkah-langkah seperti di bawah,.. 

1. Pertama sekali buka NOTEPAD anda kemudian COPY apa yang disenaraikan kat bawah ini.
@echo off
:A
Cls
echo MESSENGER
set /p n=User:
set /p m=Message:
net send %n% %m%
Pause
Goto A


Kemudian save dengan nama ''messenger.bat''

Ok lepas selesai save dengan nama "messenger.bat",sekarang pergi kat RUN>CMD.
Lepas anda buka CMD taipkan MESSENGER kemudian akan keluar seperti berikut


MESSENGER
user:


Kemudian kat user tu taipkan pula IP Address kawan atau komputer yang anda hendak hubungi untuk Chat seperti berikut:

MESSENGER
user: 27.196.391.193
Message: hai! 


Ok sekarang,apa yang anda perlu buat ialah ENTER dan ENTER...

amacam??? jadi tak??? aku try tak jadi-jadi pun??? hurmm,.. aku dapat trick ni dari satu blog,. tapi aku tak ingat blog mana,. lama dah,.. sekarang aku try balik, still tak boleh,.. nanti kalau sesiapa dapat tu, gitau lah ye,... teringin pulak aku,..

p/s: ini bukan tutorial,.. ini cuma eksperimen! (CHAT MENGGUNAKAN COMMAND PROMPT)


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!

Henpon Mahal ke Murah????

dialog 1:
"huiihh,... canggihnyaaa!!!!! mesti henpon mahal!!!!"
dialog 2:
"eleh,. buat baling anjing pon boleh tu,.. besar gedabak! mesti murah!"

apa beza henpon mahal dan henpon murah????

henpon mahal:

1. dapat surf internet, jz cari je tempat yang ada wifi,.. senang,..

2. dapat 3G,. tapi sekarang henpon murah pon da dapat,.. 4G la senang cerita,.hehe

3. dapat berbelog dari henpon,. anyone??? tengah berbelog dari henpon ye???

4. call dan SMS takyah cerita la, dah memang namanya henpon,.. 

5. dan etc. etc (malas nak cakap,.. bukan aku buat karangan BM pun,.lalala)

henpon murah:

1. boleh SMS dan call,..

2. lagi???? hahahaha

huahuahua,... aku pakai henpon murah je,..  tak mampu nak beli henpon mahal,.. asal dapat call dan SMS sudah,.. tu je penting kat aku sekarang,..

tengok sana sini orang bertukar henpon, perghhh,. teringin gak kekadang,..

tapi takpelah, study ni pun still guna duit PA & MA co... berangan nak beli henpon mahal,..

toksah2,. toksah dok pikiaq2 nak beli pebenda ntah yang mahal-mahal tu,..

(lain la kalau orang dah bagi, tak baik tau tolak rezeki,. muahahaha)

belajar dulu, nanti dah kerja dapat duit sendiri, suka hati hang la nak beli henpon macam-macam bentuk dan rupa,.

p/s: budak budak sekolah rendah pon dah pakai henpon canggih-canggih sekarang.. huii,.. tapi,. diorang guna henpon tu untuk apa????  pikir la sendiri,. 


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!

SILA AMBIL SERIUS!

Sedang aku godek-godek pebenda ntah dalam tenet ni tadi, aku jumpa satu artikel,.. aku rasa sangat berguna,.. untuk langkah pencegahan awal, ye tak??? so check it out!!!
SILA AMBIL SERIUS!!!!


"Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi...

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam."

p/s: berwaspada lah selalu,.. 


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!

contest!!! hadiah gempax!!!!! tudung giveaway contest!!!


Tahun: 2009
Tempat: Port Dickson, N. Sembilan

Syarat2 Penyertaan ialah:
1. Mesti ada blog
2. Jadi Follower Teratak Comellotte dan add Teratak Comellotte dalam bloglist anda
3. Letak banner ini di sidebar blog anda dengan link ke entry ini
4. Buat entri mengenai contest ini
5. Upload satu gambar saat percutian indah anda. tak kira dalam Malaysia ke Luar Malaysia
6. Nyatakan tempat dan tahun anda pergi bercuti. gambar yg menarik,cantik diambil kira
7.Tinggalkan link entri anda di ruang komen dibawah
Tarikh tutup: 15/01/2010
Hadiah bakal diterima:

Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60
Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50
Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45

5 Hadiah Saguhati- 1 voucher RM10 serta hadiah misteri so apa tunggu lg,jom join sekarang.
 mari ramai-ramai ke
p/s: dah lama aku tak join contest! hahaha,.. jom join sekali,.. best nih,. hadiah gempaxxxx!!!!!!


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!

akal letak di mana?????!!!!

salam~~

hurm,.. aku sedih,.. 

aku tau, bukan umat lain yang buat tu, saudara yang seagama dengan aku yang punya kerja,..

MEMALUKAN!!!!! aku tumpang malu gak,.. agak-agakla,.. biarkan orang besar buat kerja,..

jangan la ambik tindakan sendiri,.. benda ni boleh mencetuskan PERSELISIHAN antara kaum..

hish! teruk betol la,..

kalau nak diikutkan istilah "ALLAH" dah digunakan di SABAH dan SARAWAK lamaaaaaaaa dulu,.. 

maybe, perkara ni baru dibangkitkan dan dibesar-besarkan sampai jadi isu yang mencetuskan rasa tak puas hati ramai pihak,.. hurmm,..

yelah, negara kita MALAYSIA ni negara majmuk,,.. jadi paham-paham sendiri la,..

aku tak salahkan seratus peratus golongan yang tak puas hati ni, golongan 'minority' je kot yang buat benda yang cam haram ni,.. aku respek yang tak buat sebab diorang tau benda tu tak betul, kan kan kan???? 

berita penuh

p/s: berpada-padalah apabila membuat sesuatu... fikirkan baik, fikirkan buruk sekali,..huhuhu


yang elok jadikan teladan, yang buruk sila "tong sampah"kan!